doa untuk kekasih
Oktober 26, 2012
Ya Allah….
Seandainya
telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan
hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya
Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya
Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan miliku… Bawalah ia jauh
dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari
kekecewaan….
Serta ya Allah
ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku
kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan
merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah
yang tercinta… Gantillah yang telah hilang…. Tumbuhkanlah kembali yang telah
patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya
tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau
takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana engkau maha mengetahui… Segala
yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku
sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan
dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya
aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya
Rabbal A’lamin. .
source: blogcinta
0 komentar